Karier kelab Lorik_Cana

Paris Saint-Germain

Dia dijemput menyertai ujian percubaan di Arsenal ketika berumur 16 tahun, tetapi tidak hadir kerana dia telah dinafikan visa British.[1]Cana akhirnya beraksi dalam pasukan utama pada tahun 2003. Ketika musim 2003–04, dia bermain 32 perlawanan dan menjaringkan satu gol, dan kelab itu memenangi Coupe de France..

Marseille

Cana bermain untuk Marseille pada tahun 2008.

Pada musim 2005–06, dia menyertai Marseille. Dia dijadikan kapten selepas perpindahan Habib Beye ke Newcastle United pada tahun 2007. Cana meninggalkan kelab itu untuk menyertai Sunderland pada bulan Ogos 2009.

Sunderland

Cana menyertai Sunderland dengan kontrak empat tahun dan yuran perpindahan sekitar £5 juta pada 24 Julai 2009.[2] Dia dijadikan kapten pasukan oleh pengurus Steve Bruce,[3] walaupun Bruce kemudian menyatakan kapten masih belum dilantik.[4] Pada 15 Ogos, Cana membua penampilan sulung liga untuk Sunderland ketika kemenangan 1–0 ke atas Bolton Wanderers, menjadi pemain Albania pertama bermain dalam Liga Perdana Inggeris.[5] Dia dijadikan kapten Sunderland untuk musim 2009–10 pada 3 September.[6]

Galatasaray

Cana menyertai Galatasaray pada 8 Julai 2010, dengan yuran perpindahan €4.5 juta.[7] Dia menandatangani kontrak 4 tahun bernilai €2 juta semusim.

Lazio

Pada 3 Julai 2011, Cana menyertai kelab Serie A Lazio, menjadi pembelian kelima kelab itu pada musim panas, selepas ketibaan Miroslav Klose, Djibril Cissé, Senad Lulić dan Abdoulay Konko. Cana membuat penampilan sulungnya untuk Lazio pada 21 September 2011 ketika kemenangan 1–2 di tempat lawan ke atas Cesena dengan masuk sebagai pemain gantian pada minit ke 87 menggantikan Cristian Brocchi.[8] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk Lazio pada 10 Disember 2011 ketika menentang Lecce dimana mereka menang 3–2.[9]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Lorik_Cana http://www.noa.al/artikull/martohet-lorik-cana/425... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://www.gazetatribuna.com/?FaqeID=5&LajmID=7138... http://www.goal.com/en-us/match/63990/lecce-vs-laz... http://www.mackolik.com/Futbolcu/9693/Lorik-Cana http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.safc.com/page/LatestNews/0,,10281~17862... http://www.soccerbase.com/players_details.sd?playe... http://int.soccerway.com/matches/2011/09/21/italy/...